Netizen Terhibur, Alasan Ayah Letak Duit Belakang Telefon

Trending

Netizen Terhibur, Alasan Ayah Letak Duit Belakang Telefon

Tidak dinafikan, banyak sebenarnya perkara yang dilakukan atau gelagat sesetengah orang yang kadangkala membuatkan kita tertanya-tanya apakah sebab mereka melakukan perkara itu seperti contoh, meletakkan duit di dalam casing telefon.

Kita hanya mampu untuk mendapat jawapan dan mengetahui sebab sebenar apabila sudah bertanya sendiri kepada orang tersebut. Bak kata peribahasa, malu bertanya sesat jalan. Jadi kita perlu tanya dahulu lah baru kita tahu kan?

Advertisement

3 years ago

Gelagat Lelaki Tiru Gaya Bapa-Bapa Ketika Hujung Minggu

Selain itu, bukan gelagat anak kecil atau kanak-kanak sahaja yang boleh membingungkan kita. Kadangkala, tentu ada sahaja perangai dan gelagat ibu bapa kita yang pernah menimbulkan banyak tanda tanya kepada kita.

Namun, terdapat juga perangai dan gelagat ibu bapa kita yang lucu dan menghiburkan kita yang melihat. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang berkongsi password wifi dengan jiran, ada ibu bapa yang kuat membebel kepada anak-anak dan macam-macam lagi.

Alasan ayah menyimpan duit bernilai RM20 di belakang telefon miliknya buat anak terkedu

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan situasi seorang lelaki bertanya kepada ayahnya tentang duit yang terletak di belakang telefon ayahnya.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu berkongsikan tentang telatah ayahnya yang gemar meletakkan duit di belakang telefon yang dipakainya malah turut kelihatan duit kertas bernilai RM20 yang disimpan ayahnya di situ.

Dia kemudian bertanya kepada si ayah akan motif sebenar ayahnya melakukan perkara tersebut dan jawapan ayahnya membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur.

Menurut ayahnya, tujuannya adalah supaya dia boleh gunakan duit tersebut sebagai tambang untuk pulang ke rumah sekiranya dia diculik oleh individu yang tidak dikenali. Lelaki tersebut terkedu selepas mendengar jawapan yang tidak dijangka daripada ayahnya itu.

“Siapa ada niat nak culik uncle ni tolong batalkan ya, uncle lebih bersedia hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 841.3 ribu tontonan, 124 ribu tanda like dan 1.7 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat alasan yang diberikan oleh ayah lelaki tersebut.

Bapa sorok duit belakang telefon

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Bapa sorok duit belakang telefon

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kepada penculik yang berniat mahu menculik ayah lelaki tersebut supaya membatalkan niat mereka kerana ayah lelaki itu sudah bersedia.

Ramai juga yang lebih tertumpu kepada gelagat ayahnya melihat telefonnya dengan begitu dekat dengan mata.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...