Netizen Terhibur Ada Penumpang Tertinggal Gigi Palsu Dalam Tren Laluan Kelana Jaya

Trending

Netizen Terhibur Ada Penumpang Tertinggal Gigi Palsu Dalam Tren Laluan Kelana Jaya

Setiap individu pasti mempunyai barang peribadi yang penting dan boleh dikatakan kalau barang tersebut hilang atau tercicir pasti akan menyukarkan aktiviti seharian.

Begitulah yang terjadi terhadap seorang penumpang yang didapati tertinggal gigi palsu di dalam tren.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh AskRapidKL di Twitter, terdapat satu gigi palsu di atas kerusi tren laluan Kelana Jaya. Pihak RapidKL memaklumkan menerusi laman Twitter dengan hashtag lostandfound bagi memudahkan penumpang untuk mendapatkan semula barang miliknya.

“Kepada yang tertinggal gigi palsu ketika menaiki tren 151 laluan Kelana Jaya sebentar tadi, sila hubungi kami untuk mendapatkan kembali barang anda. Terima kasih.” – AskRapidKL

Rata-rata netizen terhibur melihat hantaran status itu dan ada juga yang bergurau gigi palsu itu milik lelaki yang ada di dalam filem Lagi-Lagi Senario.

gigi palsu rapidkl

Ramai juga yang kasihan kepada pemilik gigi palsu tersebut yang akan menjadi sukar untuk makan sekiranya tidak dapat menggunakan gigi palsu itu. Netizen juga pelik macam mana gigi palsu tersebut boleh tertinggal di dalam tren.

gigi palsu rapidkl

gigi palsu rapidkl

gigi palsu rapidkl

Ramai yang berharap semoga pemilik gigi palsu tersebut segera menemukan gigi palsunya yang tertinggal di dalam tren laluan Kelana Jaya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...