Bukan sahaja cantik dan berjaya dalam karier dan perniagaan, selebriti popular Neelofa dipuji netizen sebagai seorang yang prihatin serta baik hati kerana tidak lupa untuk membantu mereka yang memerlukan.
Berkesempatan untuk melakukan aktiviti kebajikan hujung minggu lalu, Neelofa telah menaja barang keperluan untuk 10 keluarga menerusi CSR Neelofa x NeelofaTeam yang diadakan di Kuala Selangor.
Saya dan peminat iaitu NeelofaTeam sering menjalankan aktiviti seperti ini sepanjang 2018. Bezanya tahun ini, saya memilih untuk melakukannya pada skala yang lebih besar dan kumpulan sasaran yang lebih luas . Sejujurnya, aktiviti sebegini memberikan satu pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang erti kehidupan dan pengorbanan.
While doing CSR with Lofa yesterday, there were many heartwarming moments. Seeing all these people smiled and got excited when they met Lofa was just amazing! And seeing Lofa got even more excited meeting them was just love! Ini satu moment yang paling menyentuh hati. pic.twitter.com/xh7ux7GlVT
Advertisement— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
Selain daripada barangan asas seperti gula, beras, tepung, sabun pencuci dan barang makanan. Neelofa juga turut menyumbangkan kelengkapan rumah seperti set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak dan juga sedikit sumbangan kewangan.
Terharu dengan sumbangan dan kunjungan dari Lofa, Nenek ini mendoakan agar Lofa cepat bertemu jodoh! ?#csrneelofaxneelofateam pic.twitter.com/nktdjtXzzF
Advertisement— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
Peminat juga sempat berkongsi video ketika program itu berlangsung. Antara yang menjadi perhatian adalah saat seorang warga emas terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa. Aksi spontan Neelofa yang terus memeluk wanita itu menyentuh perasaan ramai.
Besar pahala membantu mereka yang memerlukan. Semoga Neelofa dimurahkan rezeki.
Sumber Berita : Kosmo Online & Amirul Ashraf
Kredit Foto : Instagram Neelofa Team

Anonymous
January 29, 2019 at 9:02 am
tak paham la korang ni. Kalau dia buat benda tak baik da memang la kena kutuk. Ini buat benda baik pun korang kata dia itu la ini la. Cuba la menilai dari sudut positive. Asyik nak negative je. Mana ada artis yg semuanya okaayyyy, semuanya perfect.
Bohsia tudung singkat
January 29, 2019 at 1:02 am
Barang org mengaku dia yg punya..kahkah masuk gua la lofake team
kosetia
January 28, 2019 at 4:46 pm
aku ni haters lofa.tp benda yg baik dia buat,aku tetap puji.sbnrnya dah bnyk famili miskin dia tlg.kes kebakaran di putatan sabah ari tu, fmly dia bg derma.tapi xde heboh pun kan?ada yg tahu tak?pastu famly yg susah kt pasir mas,dia bantu.ada yg tau x?xde kan sbb xde yg viral. sebenci2 aku kt lofa, tp hati aku masih pandai menilai mn baik mn buruk.aku benci dia sbb aku kenal dia. :)
Anonymous
January 29, 2019 at 1:14 am
Org gila jer caya ko haters lofa
Melupa
January 28, 2019 at 4:01 pm
Aku x terharu pun mluat lagi ado wekkkkk
Anonymous
January 28, 2019 at 4:14 pm
manusia yang ada sifat kedengkian, kehidupan nya tidak akan diberkati,
Anonymous
January 28, 2019 at 4:41 pm
Sikit2 dengki jadahnya aku nk dengki..terlalu ramai lagi ikon aku nk ambik slain lofake zouk ni
puiihhhhhh
January 28, 2019 at 3:38 pm
plastik…