Model iPhone antara jenama telefon pintar yang menjadi kegemaran ramai kerana kehebatan peranti ini. Tapi siapa sangka, model telefon pintar ini juga menjadi pilihan keluarga di perkampungan ini untuk dijadikan hiasan rumah semata-mata.
Video yang dikongsikan di media sosial ini melihatkan sebuah rumah di satu perkampungan yang dihiasi dengan model iPhone. Dapat dilihat pagar rumah tersebut meriah dihiasi ribuan iPhone sebagai satu rekaan unik. Namun, tak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar perkampungan ini.
Even Steve Jobs can’t think about this..
Credit: minhhieapple pic.twitter.com/XpUH45DC8S
— FJ#STAYATHOME (@FLjasmy) June 5, 2020
Walaupun rumah tersebut kelihatan biasa dan terletak di tepian sungai, tetapi hiasan yang terletak di pagar rumah tersebut menyebabkan ramai ternganga! Ada juga yang menganggap ianya hanya lah casing telefon itu sahaja dan bukanlah model yang sebenar.
Ni kalau nak masuk meminang anak dia pun fikir 2-3 kali
— ???????? ?? (@IamHamidah) June 5, 2020
Jarang orang jual phone cover letak kt pagar rumah je ,
— MrKacangPoolYangSuka?? (@Ha_iril) June 5, 2020
Tauke iphone preorder insta
— ??? ???? ????? (@AzfarAdib) June 6, 2020
Menarik juga hiasan rumah begini. Sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumah pasti akan memandangnya beberapa kali kerana tertarik dengan hiasan seperti ini. Bagi anda yang ingin mencari inspirasi untuk ‘makeover’ rumah, anda boleh baca artikel kami di pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Transformasi Rumah Kayu Lama Hanya Dengan Barangan Kedai RM2 Dan MR.DIY
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.