Setelah putus tunang pada Februari yang lalu, pelakon Azar Azmi serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum dan mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti kekasih hati barunya.
Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah mengaku kini dirinya sudah pun temui pengganti namun dia lebih berhati-hati untuk mendedahkan identiti kekasihnya kerana tidak mahu kejadian yang lalu terjadi semula.
Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat.
View this post on Instagram
Namun hantaran video terbaru Azar di akaun Instagramnya menjadi tanda tanya buat netizen adakah pelakon Hafreez Adam merupakan kekasih hatinya yang baru kerana terlihat kemesraan mereka selepas Azar membuat kejutan hari jadi kepada pelakon tersebut.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan lagi siapakah gerangan kekasih Azar Azmi yang kini telah mencuri hatinya.