Pensohor media sosial, Kasih Iris Leona tampil membuat kenyataan bahawa dia sebenarnya tidak menghidap sebarang penyakit berkaitan Tiroid setelah ditegur netizen, baru-baru ini.
Kasih Iris Leona buat pemeriksaan doktor
Sebelum ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu diminta untuk membuat pemeriksaan doktor setelah didakwa mengalami sedikit kelainan di bahagian lehernya oleh netizen.
Berikutan itu, Leona memaklumkan dia sudah pun berjumpa doktor sebanyak dua kali dan hasil keputusan perubatan mendapati dia bebas daripada penyakit tersebut.
Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid).
Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih.
Ujarnya lagi, lehernya tidak mengalami bengkak sebaliknya hanya lemak semata-mata.
@leonathe2nd
Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak. Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar.
‘Annoying’ netizen asyik bercakap mengenai bentuk leher
Dalam pada itu, Leona juga merasa sedikit jengkel apabila sesetengah netizen terus bercakap mengenai bentuk lehernya.
Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadap berikan komen tentang badan orang lain okay.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.