Netizen Tegur Liyana Jasmay Kerap Berskirt Pendek Kini – “Dah Tua, Tak Sesuai”

Hiburan

Netizen Tegur Liyana Jasmay Kerap Berskirt Pendek Kini – “Dah Tua, Tak Sesuai”

Liyana Jasmay, sekali lagi menjadi perhatian netizen bukan kerana lakonannya, tetapi gaya fesyennya, menurut Kosmo!

Sejak awal kemunculannya, Liyana memang digemari ramai. Filem-filem lakonannya mendapat pujian, malah dia pernah menjadi ‘trendsetter’, terutamanya ketika menjayakan filem Kami. Pada masa itu, apa sahaja yang digayakan olehnya diterima tanpa soal.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Namun, situasi berbeza muncul apabila Liyana yang kini ibu kepada dua cahaya mata beberapa kali tampil dengan skirt atau seluar pendek paras paha. Penampilan ini mengundang reaksi bercampur daripada netizen, ada yang merasakan gaya tersebut kurang sesuai dengan usia dan statusnya sebagai isteri serta ibu.

Rata-rata netizen menasihati agar Liyana berpada-pada dalam bergaya, walaupun memahami bahawa setiap individu berhak untuk mengekspresikan diri dan masih mahu kelihatan menawan.

liyana jasmay paha

“Mungkin itu identitinya, masih rasa lawa ada ‘feeling’ untuk berpakaian sebegitu. Tapi kalau boleh, berpada-padalah ya,” tulis seorang peminat.

Walaupun begitu, ramai yang tetap menghormati hak Liyana untuk memilih gaya sendiri dan menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepadanya.

mata liyana jasmay
2025-09-04 19:04:07

Mata 'Redup' Jadi Perbualan, Liyana Jasmay Terima Komen Netizen Dengan Hati Terbuka - "Saya Okay Sahaja"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...