Bukan mudah untuk bergelar artis popular, setiap kelakuan dan penampilan mereka pasti akan menjadi tumpuan orang ramai. Pendek kata, ada sahaja pihak yang akan mencari kesalahan dan mempertikaikan setiap apa yang dilakukan oleh seseorang artis.
Baru-baru ini pelakon Fasha Sandha dikecam teruk oleh netizen yang kurang senang melihat beliau memuat naik foto dirinya berpakaian seksi di Instagram.
Rata-rata netizen memberikan teguran berkaitan penampilannya itu yang dikatakan sudah semakin seksi berbanding sebelum ini dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu. Menurut netizen, mereka hanya ingin Fasha memberikan contoh terbaik buat orang ramai.
Ada kalanya netizen ini cepat menghukum dan mengecam orang lain, namun tidak ada salahnya juga jika Fasha dapat menerima sesetengah teguran dengan hati yang terbuka dan mengambilnya sebagai satu perkara yang positif. Apa pendapat anda?