Netizen Tanya Cukur Bulu Kening Tak? Ini Jawapan Balas Neelofa

Hiburan

Netizen Tanya Cukur Bulu Kening Tak? Ini Jawapan Balas Neelofa

Pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Neelofa tampil memaklumkan dirinya sudah lama tidak mencukur atau mencabut bulu kening.

Advertisement

Penjelasan itu dilakukannya di Instagram Stories selepas menerima banyak pertanyaan mengenai keningnya.

“Saya dah lama tak cukur kening, jadi biarkan saja dia macam ni, untuk mereka yang tertanya saya cukur kening ka tidak? Kening memang tak dicukur dan tak dicabut.”

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTop yang kini “khabarnya” sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pendakwah itu turut berkongsi sebuah petikan hadis berkaitan mencabut bulu pada muka.

“Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.”

Tempoh hari, gempar di seluruh pelusuk media sosial apabila kakak kepada Instafamous penuh sensasi Ameera Khan itu tampil mengenakan niqab dalam penghijrahan terbaharunya, malah penampilannya itu juga telah mendapat pujian ramai pihak dan menjadi ikutan para muslimah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...