Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara

Trending

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara

Sejak daripada hari Sabtu yang lalu, para pengamal media sudah sedia berkampung di hadapan Istana Negara bagi mendapatkan liputan terkini politik di Malaysia. Bagi menghargai usaha mereka, beberapa pihak telah tampil membantu menyediakan makanan dan minuman secara percuma untuk mereka.

Baca: Selepas Berikan KFC Percuma, Yang Dipertuan Agong Berkenan Berikan McDonald’s Pula Kepada Pengamal Media

Advertisement

Antara beberapa penaja yang hadir memberikan tajaan adalah Milo, Tealive, Krispy Kreme, Burger King, Marry Brown dan banyak lagi. Setelah beberapa hari berkampung di sana, ramai pihak yang semakin berminat untuk membantu para pengamal media melakukan tugas mereka di sana.

Oleh kerana terlalu ramai yang sudah menaja, beberapa netizen mula mempertikaikan tindakan itu yang dilihat semakin berlebih-lebihan. Bukan saja kerana sudah terlalu ramai yang membantu, ada yang berasakan bantuan sebegitu seeloknya disalurkan kepada yang lebih memerlukan.

“Macam dah over pulak. Petugas media tu bukan fakir miskin ye.”

Beberapa netizen yang lain turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh pemilik akaun ini. Ada yang rasakan  pemberian yang diberikan oleh beberapa jenama dianggap tidak relevan dan tidak ada kaitannya dengan keadaan pengamal media yang hanya memerlukan makanan dan minuman di sana.

Berikut adalah beberapa jenama yang turun padang memberikan bantuan kepada pengamal media yang berkampung di hadapan Istana Negara.

Semua bantuan yang diberikan pastinya sedikit sebanyak membantu meringankan beban pengamal media menjalankan tugas mereka. Dalam mendapatkan perkembangan terkini untuk disampaikan kepada rakyat, ianya bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan saja perlu menahan panas dan hujan tapi mereka juga perlu sentiasa bersedia dan berada di sana untuk dapatkan maklumat terkini.

Artikel berkaitan: Lapar Buat Liputan Perkembangan Politik, Istana Negara Beri KFC Kepada Pengamal Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...