Netizen Tak Faham Jalan Cerita – Jasmine Suraya Respon Kontroversi Video Panas Kisah Cikgu Suraya

Hiburan

Netizen Tak Faham Jalan Cerita – Jasmine Suraya Respon Kontroversi Video Panas Kisah Cikgu Suraya

Kecoh dengan kontroversi seorang  YouTubers terkenal Alieff Irfan yang dikecam teruk selepas menghasilkan video pendek Cikgu Suraya yang penuh dengan babak seksual keterlaluan. Kisah yang dipaparkan Alief itu mencuri perhatian netizen kerana dikatakan diadaptasi daripada sebuah cerpen lama bertajuk Cikgu Suraya yang ditulis berunsur kisah seksual dan menjadi bualan para remaja suatu ketika dahulu.

jasmine suraya

Advertisement

Membawakan watak sebagai Cikgu Suraya yang menggoda, pelakon Jasmine Suraya Chin menjelaskan rakaman video yang viral itu sebenarnya adalah mengenai kisah ejen perisikan dan bukannya kisah seksual seperti yang didakwa. Namun, Jasmine berkata kisah itu sepatutnya disiarkan selepas mereka selesai menjalani penggambaran.

Mereka yang melabelkan video tersebut sebagai ‘soft porn’ sebenarnya tidak memahami jalan cerita sebenar yang cuba ditonjolkan.

cikgu suraya alieff irfan

Sejujurnya saya tak sangka Alieff akan release video itu kerana kami belum pun habis shooting lagi. Lebih-lebih lagi ia sepatutnya disiarkan sebagai sebuah filem pendek dan bukannya episod, jadi orang akan faham cerita itu sebenarnya mengenai apa.

Sekarang ni netizen ingat kami buat cerita mengenai Cikgu Suraya sedangkan ianya adalah mengenai pasukan gerak khas dan perisikan.

cikgu suraya alieff irfancikgu suraya alieff irfancikgu suraya alieff irfancikgu suraya alieff irfan

Jasmine berkata tidak adil untuk penonton terus menilai hanya berdasarkan sebahagian daripada jalan cerita kerana ia langsung tidak memaparkan babak tidak senonoh.

Sepatutnya filem itu ada banyak lagi plot twist yang belum dikeluarkan kerana kami tak sempat nak shoot babak itu kerana waktu itu saya berada di Kelantan dan waktu sangat terhad. Cuma, ia tidak adil untuk dinilai kerana mereka tak tahu cerita sebenar, cerita itu bukannya nak tunjukkan babak tidak senonoh saja.

cikgu suraya alieff irfan

Ia sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa kontroversi kepada masyarakat kerana ianya dibuat bertujuan sekadar hiburan. Lagipun nama saya memang Suraya jadi apa salahnya gunakan sahaja nama saya sendiri. Tak sangka pula ia akan jadi kecoh sebegitu sekali.

Bagaimanapun, Jasmine memohon maaf dan mengakui kekhilafan dia dan Alieff yang tidak menjaga sensitivi masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...