Memandangkan sekarang ini tengah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) memang ramai ikon dan peminat fesyen yang hadir untuk menyaksikan pertunjukan fesyen itu. Semua berpusu-pusu melaram dengan fesyen terkini dari jenama tempatan yang mengambil bahagian. Lain pula kisahnya dengan gadis ini yang hadir ke KLFW dengan pakaian yang dijual di pasar malam!
Bermula hanya sebagai gurauan, Farah berkata di laman Twitter nya dia akan memakai gaun tersebut sekiranya dia mendapat 10 retweet. Malangnya bukan 10 tetapi perkongsian itu mendapat 8 ribu retweet setakat ini.
10 rt and ill wear this to klfw https://t.co/hqw7EeDkVJ
— farah? (@harafnaw) August 16, 2019
Janji tetap janji dan dia terpaksa menunaikan janjinya walaupun pada mulanya ia hanya dianggap sebagai gurauan. Demi memastikan janji itu ditepati, kawan baiknya telah pun mendapatkan gaun tersebut yang dihantarkan khas dari pasar malam di Kelantan.
Dengan bantuan kawannya, gaun itu selamat tiba untuk dipakai semasa menghadiri pertunjukan fesyen yang dinantikan itu. Dia juga mengakui agak bingung bagaimana mahu menggayakannya.
“Macam mana nak style dress ni so nampak fashion sikit?”

Tetapi apa-apa pun, kami berikan tabik spring padanya kerana berani menyahut cabaran. Macam apa yang dikatakan Farah, fesyen perlu berani. Jadi kami kongsikan beberapa gambarnya di Kuala Lumpur Fashion Week.


Sumber: Twitter