Baru-baru ini, hantaran pelakon Abby Abadi di platform Threads telah menarik perhatian ramai selepas dirinya meluahkan rasa berang kerana netizen meminta dirinya pergi memohon maaf kepada madu anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya.
‘Kenapa Aslam tak minta maaf dekat saya?’
Abby mempersoalkan mengapa netizen tidak menyuruh suami Umisya dan Marissa iaitu Aslam yang datang memohon maaf kepada dirinya kerana merupakan punca utama segala ‘drama’ berlaku.
Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke?
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon serta penyanyi terbabit turut menegaskan bahawa jangan ‘paksa’ dirinya untuk bersuara tentang hal ini lagi.
Kita diam jangan bagi berbunyi..
Netizen minta jangan emosi dan layan komen ‘jahat’
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menasihati Abby untuk tidak terlalu ’emosi’ dan melayan komen-komen yang dilemparkan di platform media sosial.