Kami fikir kisah viral melibatkan peserta program realiti pendakwah bebas sudah berakhir, tetapi semalam timbul pula kontroversi seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da’i ditahan polis, selepas dipercayai menipu seorang pelanggan sehingga RM11,000 berkaitan urusan untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu.
Biarpun laporan akhbar tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen cuba mengaitkan kes berkenaan dengan isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40 atau lebih dikenali sebagai Erin.
Tidak mahu sebarang spekulasi liar terus timbul, portal mStar difahamkan telah cuba menghubungi Da’i Farhan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut.
Namun, panggilan telefon dimatikan sebaik sahaja soalan mengenai penahanan itu diajukan kepadanya.
Kita tidak boleh menuduh orang tanpa sebarang bukti kukuh. Buat masa ini, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai kes tersebut. Harapnya Da’i yang terlibat itu tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Jiwa Halus
March 5, 2020 at 8:14 am
11k tu dah buat beli gelang emas ??
Kaki kencing
March 4, 2020 at 1:09 pm
terhibur baca komen2 netizen. ambil pengajaran, jangan menipu & makan duit haram.
Mommy
March 4, 2020 at 12:28 pm
Lindungan kaabah la sgt…. 2 3 kes dh dok dgq dia ni psl duit
minah jambu say NO to drugs
March 4, 2020 at 12:07 pm
eemmmm hahaha wanita kaabah penipu hihi