Written by Bella | April 23rd, 2019

Netizen sehingga hari ini masih lagi berang dengan tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang sarat hamil. Apa yang berlaku membuatkan ramai memandang negatif terhadap pendakwah tersebut. Masyarakat juga sudah mula memandang serong terhadap golongan pendakwah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Isteri baru PU Abu juga dikecam teruk dan dilabel perampas oleh netizen. Malah, ada beberapa netizen yang telah melancarkan gerakan untuk memboikot produk keluaran wanita tersebut yang dikenali sebagai pengasas produk kecantikan.

Bukan itu sahaja, netizen juga menggesa orang ramai untuk memboikot segala aktiviti termasuklah ceramah agama yang melibatkan PU Abu. Mereka mahu memberi pengajaran kepada pendakwah itu atas perbuatan menganiaya bekas isterinya hanya demi kepentingan nafsu.

Terdahulu, selepas dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memohon maaf. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

112 responses to Netizen Serang Kekasih PU Abu, Lancar Gerakan Boikot Produk

  1. Islam Itu Nafsu? says:

    Ustaz Media Socmed mmg banyak sekarang…
    Ustazah2 jadian pun ramai. Hahahhahaaha

  2. Anonymous says:

    Buang je lah serban dan kopiah tu..buat malu je.

    • Anonymous says:

      patut astro ken abuat pengumuman rasmi tarik balik/ halang abu tu guna gelaran PU. gelaran tu untuk maksud baik2, tp kalau individu tu ah mencemarkan , patut kena gugurkan penggilan PU tu (wpon dia tak menang). astro kena bertegas dlm hal ni.

  3. She says:

    Jap, acaner korang rasa boleh nak tersuka dgn ustaz ustaz instagram ni?

  4. Anonymous says:

    Setuju BOIKOT laki bini ini…

    • BaikotAje says:

      Kenal pun tpak sebelum ni ….nak baikot pun susah ..sbb mereka tak famous ….
      Famous pun sbb membuntingkan mak janda sedang isteri sendiri tengah mengandung …..cilikau

  5. Anonymous says:

    Sampainya hati….membina kebahagian diatas air mata kaum sendiri…Mintak simpang Malaikat 44