Netizen ‘Serang’ Atlet Great Britain, Shah Firdaus Mara Ke Pusingan Suku Akhir

Trending

Netizen ‘Serang’ Atlet Great Britain, Shah Firdaus Mara Ke Pusingan Suku Akhir

Petang tadi, telah berlangsungnya acara keirin dalam perlumbaan pusingan pertama sukan berbasikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dua atlet kebanggan negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom yang terlibat dengan acara berkenaan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Namun riuh di media sosial terutamanya di Twitter apabila telah berlaku satu insiden melibatkan Muhammad Shah Firdaus Shahrom ketika perlumbaan heat kedua di mana pelumba terbabit terjatuh selepas diasak oleh seorang lagi pelumba dari Great Britain iaitu Jack Carlin.

Advertisement

3 years ago

Jaguh Berbasikal Negara Jijoe Harumkan Nama Malaysia, Layak Digelar Pelumba Pecut Dunia

Insiden berkenaan telah menyebabkan pelumba basikal negara tersebut mengalami kecederaan pada tulang rusuknya dan dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital. Mesti anda semua yang menyaksikan perlumbaan tersebut hampir gugur jantung ketika insiden itu berlaku kan?

Atlet Great Britain terpaksa tutup ruangan komen di laman Instagram

Selepas Muhammad Shah Firdaus Shahrom dilanggar oleh Jack Carlin, rata-rata netizen tempatan di media sosial marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh atlet Great Britain tersebut.

Para netizen yang kurang senang dengan tindakan Jack Carlin tersebut kemudiannya mula melancarkan ‘serangan’ ke laman Instagram beliau.

Kecaman netizen di ruangan komen Instagram Jack Carlin

Kecaman netizen di ruangan komen Instagram Jack Carlin – via Instagram

Banyak kata-kata kesat dan kecaman dilemparkan ke atasnya di ruangan komen laman Instagramnya itu dan telah menyebabkan beliau akhirnya bertindak menutup ruangan komen.

Isu yang berlaku jelas menunjukkan kepantasan netizen tempatan dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sekiranya berlaku sesuatu isu.

Namun, ramai juga pengguna media sosial yang menasihatkan para netizen untuk tidak melakukan buli siber terhadap atlet berkenaan.

Tweet berkenaan insiden kecaman netizen terhadap Jack Carlin

Tweet mengenai insiden kecaman netizen terhadap Jack Carlin – via Twitter

Bagi yang tidak tahu, sukan ini sememangnya terdedah kepada pelanggaran dan beliau bukannya sengaja menjalankan taktik kotor untuk menjatuhkan pelumba lain.

Kecederaan bukan penghalang untuk Muhammad Shah Firdaus Shahrom, buat comeback di pusingan repechage

Hati kental dan pantang menyerah kalah adalah gambaran yang paling tepat boleh diberikan kepada pelumba negara kita ini.

Dia bangkit di pusingan repechage dengan menduduki tempat kedua sekaligus melayakkan diri ke pusingan suku akhir acara tersebut esok.

Gambar insiden kemalangan Shah Firdaus

Shah Firdaus terjatuh daripada basikal selepas pelanggaran dengan Jack Carlin – Sumber BERNAMA

Walaupun berdepan dengan insiden malang di pusingan heat kedua tersebut, namun ia tidak sekali mematahkan semangat Muhammad Shah Firdaus Shahrom untuk kembali bangkit.

Marilah sama-sama kita berikan kata-kata semangat kepada beliau dan terus menyokongnya untuk pusingan suku akhir acara tersebut esok.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...