Petang tadi, telah berlangsungnya acara keirin dalam perlumbaan pusingan pertama sukan berbasikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dua atlet kebanggan negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom yang terlibat dengan acara berkenaan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Namun riuh di media sosial terutamanya di Twitter apabila telah berlaku satu insiden melibatkan Muhammad Shah Firdaus Shahrom ketika perlumbaan heat kedua di mana pelumba terbabit terjatuh selepas diasak oleh seorang lagi pelumba dari Great Britain iaitu Jack Carlin.
Insiden berkenaan telah menyebabkan pelumba basikal negara tersebut mengalami kecederaan pada tulang rusuknya dan dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital. Mesti anda semua yang menyaksikan perlumbaan tersebut hampir gugur jantung ketika insiden itu berlaku kan?
Kegemilangan bukan mudah untuk dicapai. Tapi wira-wira negara kita membuktikan yang mereka memang hebat di pentas dunia! Kebanggaan Malaysia! pic.twitter.com/FY9ZrK1dLH
— InjangNation #Lawan ? (@InjangNation) August 7, 2021
Atlet Great Britain terpaksa tutup ruangan komen di laman Instagram
Selepas Muhammad Shah Firdaus Shahrom dilanggar oleh Jack Carlin, rata-rata netizen tempatan di media sosial marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh atlet Great Britain tersebut.
Para netizen yang kurang senang dengan tindakan Jack Carlin tersebut kemudiannya mula melancarkan ‘serangan’ ke laman Instagram beliau.
Banyak kata-kata kesat dan kecaman dilemparkan ke atasnya di ruangan komen laman Instagramnya itu dan telah menyebabkan beliau akhirnya bertindak menutup ruangan komen.
Isu yang berlaku jelas menunjukkan kepantasan netizen tempatan dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sekiranya berlaku sesuatu isu.
Namun, ramai juga pengguna media sosial yang menasihatkan para netizen untuk tidak melakukan buli siber terhadap atlet berkenaan.
Bagi yang tidak tahu, sukan ini sememangnya terdedah kepada pelanggaran dan beliau bukannya sengaja menjalankan taktik kotor untuk menjatuhkan pelumba lain.
Kecederaan bukan penghalang untuk Muhammad Shah Firdaus Shahrom, buat comeback di pusingan repechage
Hati kental dan pantang menyerah kalah adalah gambaran yang paling tepat boleh diberikan kepada pelumba negara kita ini.
Dia bangkit di pusingan repechage dengan menduduki tempat kedua sekaligus melayakkan diri ke pusingan suku akhir acara tersebut esok.
Walaupun berdepan dengan insiden malang di pusingan heat kedua tersebut, namun ia tidak sekali mematahkan semangat Muhammad Shah Firdaus Shahrom untuk kembali bangkit.
Marilah sama-sama kita berikan kata-kata semangat kepada beliau dan terus menyokongnya untuk pusingan suku akhir acara tersebut esok.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara