Penyanyi Hafiz Suip tampil membuat kenyataan setelah dirinya terpalit dengan kontroversi rumah tangga bergoyah bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah sejak kebelakangan ini.
Hafiz ‘update’ keadaan terkini
Spekulasi itu mula timbul setelah Hafiz melenyapkan akaun media sosial selain ketidak hadiran penyanyi itu di majlis hari lahir isterinya baru-baru ini.
Terbaru, Hafiz ada memuat naik foto dia bersama rakan-rakannya di sebuah gerai makan dengan kapsyen berbaur penghargaan.
Assalamualaikum semua, nak beritahu, dia orang (kawan-kawan) ini la yang bersama dengan aku dari sekolah sampai sekarang. Ini pun ada lagi yang tak sempat nak invite (sebab dah lewat) dan ada yang dah lost contact.
Still mereka tak ada assume aku atau tuduh aku yang bukan-bukan sebab diorang kenal aku siapa. Jadi, korang (netizen) apa cerita ek? Sempat ke nak mintak maaf depan-depan nanti?
Minta netizen berhenti buat spekulasi
Sebelum ini, Hafiz meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang andaian mengenai kehidupan peribadinya sehingga ada yang menuduhnya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
@hafizsuip90 Assalamualaikum..belek membelek gallery ni takkan abis asbab jemputan anda semua…Alhamdulillah..ni kisah rehearsal jemputan wedding kawan kita amir..dah selesai dah pun wedding nya harap2 berkembang mekar lah ya hendakNya ?..kayuh pelan2 #terusbersinar #hafizsuipjourney #salamsikitpodcast
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 7, dan Muhammad Alkaf Zayne, 4 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.