Netizen Semakin Rajin Mengemas Selepas Tonton Rancangan Marie Kondo Di Netflix

Trending

Netizen Semakin Rajin Mengemas Selepas Tonton Rancangan Marie Kondo Di Netflix

Penulis buku popular The Life-Changing Magic of Tidying Up, Marie Kondo kini menjadi trending di media sosial selepas berjaya mempengaruhi hidup banyak orang dengan teknik pengurusan barang yang efektif.

Advertisement

Menerusi rancangan Tidying Up With Marie Kondo yang ditayangkan di Netflix, Marie seorang wanita yang berasal dari Jepun memperkenalkan teknik yang dipanggil sebagai KonMari Method. Ia mengajar cara yang lebih tersusun dan mudah untuk penyimpanan barangan yang masih ingin digunakan.

Kata Marie, kita sepatutnya rasa bersemangat dan seronok ketika ingin mengemas. “Misi saya adalah untuk merangsang kegembiraan di dunia melalui pembersihan.”

Barang-barang yang tidak diperlukan lagi, lebih baik buang sahaja. Jangan lagi dikenang. Manakala, barangan yang masih diperlukan, letakkan dalam kotak-kotak tertutup agar lebih mudah untuk dicari. Boleh juga menggunakan teknik lipatan untuk menyusun pakaian.

Kaedah asasnya ialah mengatur barangan dalam kategori tertentu seperti,pakaian, buku, kertas, komono (dapur, bilik mandi, garaj dan lain-lain).

Antara netizen yang semakin rajin mengemas, insiprasi daripada Marie Kondo

Kredit Video : YouTube Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...