Penulis buku popular The Life-Changing Magic of Tidying Up, Marie Kondo kini menjadi trending di media sosial selepas berjaya mempengaruhi hidup banyak orang dengan teknik pengurusan barang yang efektif.
Menerusi rancangan Tidying Up With Marie Kondo yang ditayangkan di Netflix, Marie seorang wanita yang berasal dari Jepun memperkenalkan teknik yang dipanggil sebagai KonMari Method. Ia mengajar cara yang lebih tersusun dan mudah untuk penyimpanan barangan yang masih ingin digunakan.
Kata Marie, kita sepatutnya rasa bersemangat dan seronok ketika ingin mengemas. “Misi saya adalah untuk merangsang kegembiraan di dunia melalui pembersihan.”
Kaedah asasnya ialah mengatur barangan dalam kategori tertentu seperti,pakaian, buku, kertas, komono (dapur, bilik mandi, garaj dan lain-lain).