Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Sedih Tonton Video Ardell Aryana Berkerusi Roda

Baru-baru ini, pelakon Ardell Aryana dikatakan sedang menghidapi kanser tahap tiga apabila seorang rakannya menerusi akaun Instagram memberikan kata-kata semangat untuk aktres itu menjalani terapi. Namun, khabar itu masih menjadi tanda-tanya kerana tiada sebarang pengesahan lanjut berhubung sakitnya itu daripada pihak Ardell sendiri.

Advertisement

Terbaru, video ucapan khas Ardell bersempena dengan hari jadi ibunya yang tercinta membuatkan hati netizen sedih apabila beliau kini dilihat sudah berkerusi roda. Ia menguatkan lagi dakwaan mengenai tahap kesihatan beliau yang sudah merosot.

Sebak dan bergenang air mata saat menonton video tersebut, netizen menerusi ruangan komen tidak henti berdoa agar Ardell tabah menghadapi dugaan ini dan agar beliau diberikan kesembuhan.

Berilah Ardell ruang dan masa untuk menerima segala ujian dan penyakit yang beliau hidapi sekarang. Apa-apa pun, kami harap Ardell tidak cepat mengalah ya. Ramai mendoakan yang terbaik buat anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. Anonymous

    July 9, 2018 at 5:38 pm

    satu je nak tanya
    betui ke dia sakit kanser??
    dia sendiri tak mengesahkan
    buatnya dia sakit biasa2 je…sian

  2. PP

    July 9, 2018 at 5:28 pm

    Dalam badan manusia ni semuanya ada sel cancer..cuma aktif dgn x je..yg penting jaga kesihatan n pemakanan.terutama pengambilan ubat/makanan tambahan..rujuk pd doktor yg diiktiraf..selain itu sebagai umat Islam bacalah n bukalh kitab suci Al Quran walaupun sepotong..didlm Al Quran ada ubat segala mcm penyakit..melainkn tua dan mati shj..InsyaAllah..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top