Baru-baru ini, pelakon Ardell Aryana dikatakan sedang menghidapi kanser tahap tiga apabila seorang rakannya menerusi akaun Instagram memberikan kata-kata semangat untuk aktres itu menjalani terapi. Namun, khabar itu masih menjadi tanda-tanya kerana tiada sebarang pengesahan lanjut berhubung sakitnya itu daripada pihak Ardell sendiri.
Terbaru, video ucapan khas Ardell bersempena dengan hari jadi ibunya yang tercinta membuatkan hati netizen sedih apabila beliau kini dilihat sudah berkerusi roda. Ia menguatkan lagi dakwaan mengenai tahap kesihatan beliau yang sudah merosot.

Berilah Ardell ruang dan masa untuk menerima segala ujian dan penyakit yang beliau hidapi sekarang. Apa-apa pun, kami harap Ardell tidak cepat mengalah ya. Ramai mendoakan yang terbaik buat anda.