Tampil menyajikan sepotong video yang dirakam bersama anak-anaknya sebelum menjalani pembedahan batu karang tempoh hari, pelakon Almy Nadia jadi tumpuan netizen.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Almy menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam entri berkenaan, isteri kepada pelakon Fizz Fairuz ini dilihat menangis sambil memberi pesanan kepada anaknya untuk jaga diri sepanjang ketiadaannya di rumah.
“Jangan gaduh-gaduh, jaga tingkah laku, nak berak nak kencing cakap kuat-kuat ya.”
Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Almy turut menzahirkan rasa sebak melihat video itu. Malah tidak ketinggalan mendoakan agar beliau cepat sembuh.
Terdahulu, Fizz mengesahkan isterinya akan menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu (pada hari yang sama) selepas menderita penyakit itu selama sebulan.