Netizen Sebak Saat Erra Fazira Kongsi Kisah Kegagalan Rumah Tangga Dan Pengorbanan Untuk Anak

Hiburan

Netizen Sebak Saat Erra Fazira Kongsi Kisah Kegagalan Rumah Tangga Dan Pengorbanan Untuk Anak

Selebriti popular Erra Fazira dikenali dengan sifat ‘happy go lucky’ dan sering mengukir senyuman yang manis.  Namun, disebalik semua itu, pelbagai onak duri yang Erra tempuhi dalam hidupnya.

Advertisement

Baru-baru ini, Erra terbuka hati untuk menceritakan kisah perjalanan hidupnya yang tidak pernah diketahui umum menerusi program Di Balik Idola.

Menerusi program tersebut, Erra berkongsi tentang pengalaman hidup serta kisah peribadinya, termasuklah juga kisah percintaan dan rumah tangganya bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan Engku Emran.

Bagaimanapun, Erra menjadikan kegagalan yang pernah dialaminya sebagai satu pengajaran dan pada masa yang sama pengalaman berharga dalam hidupnya.

Ketika bercerai dengan Engku Emran, Erra dihujani dengan pelbagai soalan mengapa beliau menyerahkan penjagaan anaknya kepada bekas suami? Erra tidak ada rasa rindu terhadap anak ke? Ini penjelasan  beliau : –

Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambil anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak. Biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak. Yang penting anak bahagia.

Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia. Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan.

Agak sebak juga mendengar setiap luahan hati dan perkongsian Erra mengenai keperitan dalam hidupnya. Memang seorang wanita yang kuah dan tabah mengharungi segala dugaan serta ujian. Semoga satu hari nanti Erra bertemua jua kebahagiaan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : Kaki Sembang Studios

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...