Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Frontliner Harungi Laluan Kayu Usang Di Sabah

COVID-19

Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Frontliner Harungi Laluan Kayu Usang Di Sabah

Umum mengetahui, kebanyakan infrastruktur yang ada di kawasan pedalaman di negeri Sabah bukanlah berada pada tahap yang baik.

Hal ini demikian kerana, laluan penghubung jalan seperti jambatan juga khabarnya semakin usang apabila jelas kelihatan landasan kayu pada setiap permukaan jalan khususnya di perkampungan atas air semakin reput dan merbahaya.

Advertisement

Namun demikian, itulah antara cabaran yang harus ditempuh petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan berjuang di negeri tersebut ketika ini.

Rentetan kejadian, video yang dikongsi seorang netizen menyaksikan petugas mengharungi laluan jambatan yang telah ‘uzur’ itu menjadi tular di laman Twitter.

Susulan kejadian, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak melihat petugas yang menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) tetap berani dan cekal menghadapi cabaran biarpun laluan tersebut merbahaya.

Sekadar informasi, kes COVID-19 di Malaysia semalam mencatatkan 835 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 28,640.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...