Umum mengetahui, kebanyakan infrastruktur yang ada di kawasan pedalaman di negeri Sabah bukanlah berada pada tahap yang baik.
Hal ini demikian kerana, laluan penghubung jalan seperti jambatan juga khabarnya semakin usang apabila jelas kelihatan landasan kayu pada setiap permukaan jalan khususnya di perkampungan atas air semakin reput dan merbahaya.
Namun demikian, itulah antara cabaran yang harus ditempuh petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan berjuang di negeri tersebut ketika ini.
Rentetan kejadian, video yang dikongsi seorang netizen menyaksikan petugas mengharungi laluan jambatan yang telah ‘uzur’ itu menjadi tular di laman Twitter.
Utmost respect to our frontliners for the sacrifices & commitments
May God Continue to Bless our efforts #kitajagakita#losingisnotanoptions pic.twitter.com/ferFFzjbqz
— Hazri (@Sapik_Z) October 27, 2020
Susulan kejadian, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak melihat petugas yang menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) tetap berani dan cekal menghadapi cabaran biarpun laluan tersebut merbahaya.
Sekadar informasi, kes COVID-19 di Malaysia semalam mencatatkan 835 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 28,640.