Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Ardell Aryana Bantu Penduduk Di Sabah

Hiburan

Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Ardell Aryana Bantu Penduduk Di Sabah

Bertindak mengikuti misi bantuan kepada penduduk di kawasan pendalaman di negeri Sabah, kelibat pelakon dan aktivis kemanusiaan terkemuka tanah air, Ardell Aryana curi tumpuan netizen.

Advertisement

Meskipun terpaksa akur meninggalkan keluarga di semenanjung, namun Ardell yang terkenal dengan sifat kemanusiaannya tetap tekun dan gagah menyumbang jasa membantu golongan yang kurang bernasib baik di sana.

Namun begitu, perkongsian Ardell mendapat perhatian ramai apabila aktivitinya mengagihkan bantuan makanan di kawasan penempatan atas air di Sabah telah menimbulkan rasa sebak para netizen.

Ia meraih perhatian umum selepas seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amirul Aslam berkongsi kembali rakaman video berkenaan di laman Twitter.

Menerusi poting terbabit, jelas kelihatan penduduk kawasan tersebut ‘menyerbu’ golongan aktivis dengan menaiki bot-bot kecil dengan mengambil bantuan yang ingin disalurkan.

Rentetan itu, rata-rata warganet seakan sebak melihat suasana itu berlaku terhadap penduduk di sana.

Tidak ketinggalan, Ardell juga turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakan artis serta orang ramai yang tidak lepaskan peluang untuk menyumbang bantuan kepada golongan tersebut, malah tetap mendoakan agar segala urusan mereka di sana dipermudahkan Illahi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...