Netizen Sebak Lihat Foto Jemaah Teruskan Solat Dalam Keadaan Hujan Lebat

Kehidupan

Netizen Sebak Lihat Foto Jemaah Teruskan Solat Dalam Keadaan Hujan Lebat

Menjelang beberapa bulan selepas fasa awal pandemik COVID-19, kini kebanyakan negara telah melonggarkan beberapa arahan dengan membuka semula sektor perniagaan. Malah, solat secara berjemaah juga telah dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan termasuk penjarakan sosial.

Oleh kerana perlu mematuhi arahan penjarakan sosial, masjid di Turki memilih untuk melakukan solat Jumaat di dataran yang luas di masjid. Tetapi oleh kerana masalah cuaca yang tidak menentu, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada hujan lebat yang melanda ketika sedang solat berjemaah.

Advertisement

Masih teruskan solat

solat jemaah

Menurut sumber, gambar-gambar yang viral ketika solat Jumaat ini berlaku di Ankara, Turki. Semasa para jemaah sedang melakukan solat Jumaat, secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Namun apa yang mengagumkan, para jemaah masih lagi meneruskan solat mereka seperti biasa walaupun dalam keadaan basah lencun.

solat jemaah

Manakala di Istanbul pula, hujan turun sebelum solat Jumaat dimulakan lagi. Oleh kerana mereka juga perlu solat di dataran, maka orang ramai tidak dapat melakukan solat Jumaat pada hari tersebut kerana lecak teruk di seluruh dataran walaupun frontliners telah berusaha mengeringkan dataran.

Netizen sebak

Foto yang viral ini turut mendapat perhatian netizen di mana kebanyakannya sebak melihat kesungguhan para jemaah meneruskan solat mereka. Mungkin juga kerana mereka bersyukur diberikan peluang untuk melakukan solat berjemaah setelah sekian lamanya ia tidak dibenarkan kerana pandemik ini.

facebook

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...