Netizen Sebak Lihat Banduan Dibawa Ke Rumah Untuk Cium Jenazah Bapa Buat Kali Terakhir – “Sepatutnya 14 Februari Kau Keluar”

Kehidupan

Netizen Sebak Lihat Banduan Dibawa Ke Rumah Untuk Cium Jenazah Bapa Buat Kali Terakhir – “Sepatutnya 14 Februari Kau Keluar”

Bakal dibebaskan dari penjara tidak lama lagi namun seorang banduan hanya sempat berjumpa dengan bapanya dalam keadaan tidak bernyawa.

Sebuah video dikongsikan di Facebook, menyentuh hati ramai apabila banduan tersebut dibawa pulang ke rumah untuk menatap dan mengucup wajah bapanya yang meninggal dunia buat kali terakhir.

Advertisement

Patutnya 14 Februari ini aku tunggu kau di rumah. Kita boleh jumpa semua ayah ibu, kumpul macam dulu dan tengok kau gembira. Tapi kali ini aku tunggu kau untuk tengok sedihnya kau kehilangan seorang ayah tercinta. Allah sayang kau, sebab itu dia menguji kau. Sentiasa kuat, sahabat.

Menerusi rakaman tersebut, banduan berkenaan dilihat tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalirkan air mata apabila berada di sisi jenazah bapanya sebelum dia diberi peluang mencium dan mengangkat keranda masuk ke dalam van.

 

Ramai netizen tersentuh dengan video tersebut dan bersimpati dengan nasib yang menimpa banduan berkenaan. Dalam pada itu, sesetengah individu turut berkongsi pengalaman sedih mereka kehilangan insan tersayang.

Ada yang berpendapat banduan tersebut diberikan rezeki olehNya untuk dapat menatap wajah insan disayangi buat kali terakhir meskipun ketika masih menjalani hukuman.

Alhamdulillah abang, walau dalam tahanan, masih dapat cium dan usung keranda jenazah. Saya hanya tinggal beberapa kilometer nak sampai rumah, tapi tak sempat cium atau usung keranda ayah saya sebab jalan jem.

komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawa.

21 hours ago

Keluarga Masih Trauma Hilang Dua Insan Tersayang Dalam Satu Hari - "Pagi Ayah Dibun*h, Zuhur Kakak Pula Meninggal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...