Berkesempatan untuk membawa anak-anaknya menonton perlawan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di sebuah restoran mamak, Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi video saat momen anaknya bersorak gembira apabila Harimau Malaya berjaya ke peringkat akhir.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Rita memberitahu betapa terujanya anak beliau sehingga sanggup menonton perlawanan bola sepak itu didalam hujan di sebuah restoran mamak.
Kesungguhan anak sulungya itu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.
Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.