Melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan lakonan Yusuf Bahrin dan Nelydia Senrose yang membuatkan netizen kurang senang melihat kemesraan kedua-dua selebriti itu.
Berpegang & berpeluk dalam drama
Dalam video tersebut, ia memaparkan ‘teaser’ drama terbaru mereka yang berjudul Seindah Hujan Cinta dan dapat dilihat kedua-duanya mesra berpeluk serta bersentuhan.
Hal itu membuatkan netizen kurang senang, lagi-lagi Nelydia dan Yusuf sudah pun mempunyai pasangan sendiri di luar drama.
Meninjau di ruangan komen, warganet rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana merasakan aksi yang dipaparkan melampaui batas, lagi-lagi bila Nelydia menyandang gelaran ‘hajah’.
“Tetap bermaksiat walaupun pegang macam tu”
Dalam pada masa yang sama, netizen turut kecewa dengan Yusuf kerana sebelum ini dia dikenali sebagai pelakon yang menolak adegan bersentuhan dengan aktres apabial berlakon.
Sekadar info, Nelydia Senrose sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi pada tahun 2019, manakal Yusuf Bahrin pula berkahwin dengan penyanyi, Zizi Kirana pada tahun 2021.