Netizen Rindu Keenakan Rasa Nasi Lemak Jati, Mahu ‘Legend’ Buat ‘Comeback’

Trending

Netizen Rindu Keenakan Rasa Nasi Lemak Jati, Mahu ‘Legend’ Buat ‘Comeback’

Nasi Lemak semestinya hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi pilhanan makanan yang boleh dimakan bila-bila masa sepanjang hari. Kenikmatan rasa dan keenakannya membuatkan ia benar-benar berbaloi untuk dimakan.

Antara tempat popular untuk menikmati hidangan tersebut adalah Nasi Lemak Jati di Shah Alam. Jika ditanya kepada bekas pelajar UiTM Shah Alam sekitar tahun 2014 ke bawah, pasti mereka tahu mengenai ‘legend’ ini.

Advertisement

nasi lemak jatinasi lemak jatinasi lemak jati

Hanya berniaga menggunakan van ala ‘food truck’, kualiti rasa, tekstur nasi, keenakan sambalnya serta aneka pilihan lauk yang disediakan memikat hati ramai. Peminat tegar sanggup beratur panjang sebelum ianya dibuka lagi setiap hari. Malah, harganya juga tidaklah terlalu mahal.

nasi lemak jati

Tapi, sayangnya van Nasi Lemak Jati tidak lagi beroperasi dan “hilang” apabila Kolej Jati yang yang pernah diduduki oleh pelajar UiTM itu dirobohkan beberapa tahun lalu.

Rindu kenikmatan rasa Nasi

Lemak Jati, minta buat

‘comeback’

nasi lemak jatinasi lemak jatinasi lemak jatinasi lemak jatinasi lemak jatinasi lemak jati

Rata-rata netizen sangat merindukan rasa nasi lemak tersebut dan mengharapkan Nasi Lemak Jati akan membuat ‘comeback’.

“Sekarang jual air di pasar tani

stadium”

nasi lemak jati
Ada yang mengatakan pakcik tersebut kini berniaga air di pasar tani Seksyen 17 pada hari Sabtu & pasar tani di Stadium Shah Alam pada hari Ahad.

Tidak dinafikan, memang sedap betul Nasi Lemak Jati. Tidak cukup kalau makan sebungkus sahaja. Kongsikan bersama kami antara kenangan anda bersama nasi lemak lagenda ini. 

Sumber Berita : Muhammad Firdaus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...