Netizen Puji Sikap Prihatin Ismail Izzani, Turun Padang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan

Netizen Puji Sikap Prihatin Ismail Izzani, Turun Padang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Terkesan dengan bencana yang menimpa di beberapa lokasi, penyanyi terkenal Ismail Izzani nekad turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat sejak kelmarin.

Ernie Zakri
1 bulan lalu

Sarat Hamil 7 Bulan, Ernie Zakri Tetap Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Advertisement

Usaha murni yang dikongsi Ismail menerusi sebuah hantaran di laman Instagram itu memaparkan dia membantu penduduk setempat dengan membersihkan kediaman mangsa banjir di sekitar kawasan terjejas.

Disebabkan usaha murni tersebut, ramai yang memuji Ismail kerana menjadi antara selebriti terawal mengerah keringat membantu penduduk yang terkesan akibat bencana alam tersebut.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Ismail turut dipuji kerana tidak kisah bermandi lumpur dalam membantu meringankan beban golongan yang terjejas.

Terima kasih Ismail. Lebih berfungsi daripada pihak atas lain. – pengguna Twitter

Ismail Izzani

Sehingga kini, pemilik nama penuh Ismail Izzani Zainal Nazeri itu masih menjadi bualan orang ramai dalam media sosial khususnya laman Twitter.

Sekadar info, negara dikejutkan apabila beberapa daerah di Selangor khususnya Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dilanda banjir kilat pada 18 Disember lalu sehingga mengorbankan lebih 10 nyawa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Smartbird

    December 23, 2021 at 7:53 pm

    Good job, try calling out more BBNU to help as well. I would if I live in KL but insyaAllah akan menderma pada yayasan diS’pore dalam masa terdekat utk disalurkan kaMalaysia.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...