Netizen Puji Sherry Ibrahim Nikmati Hidup Solo Dengan Tenang – “Sis Ni Jugak Yang Relax”

Hiburan

Netizen Puji Sherry Ibrahim Nikmati Hidup Solo Dengan Tenang – “Sis Ni Jugak Yang Relax”

Pelakon Sherry Ibrahim sekali lagi menarik perhatian apabila tampil menikmati kehidupan solonya dengan penuh ketenangan.

Menjengah perkongsian di Threads miliknya, Sherry yang jarang terlibat dengan kontroversi dilihat santai menjamu selera di Bangkok, Thailand, seolah-olah bebas daripada sebarang tekanan dan bergembira dengan kehidupannya.

Advertisement

 

View on Threads

 

Ruangan komen hantaran tersebut turut dibanjiri pujian daripada peminat yang kagum dengan penampilannya. Ramai memuji kecantikan Sherry yang masih terserlah walaupun usianya kini mencecah 40-an, selain terpikat dengan aura tenang yang dimilikinya.

Antara komen yang ditinggalkan peminat di rumangan komen, “Sis ni jugak yang relax”, “Cantik sangat, suka tengok”, “Takpe Sherry, kami sentiasa sokong awak” dan lain-lain.

Bukan sahaja gemar melancong, Sherry juga dikenali sebagai seorang yang aktif dengan pelbagai aktiviti lasak termasuk Muay Thai, bersenam di gimnasium dan pernah menawan puncak Gunung Kinabalu.

sherry ibrahim mahu fokus bidang nyanyian
2025-01-24 12:39:13

“Saya Dah Dapat Tawaran Untuk....” - Sherry Ibrahim Mahu Fokus Bidang Nyanyian, Pasang Impian Masuk AJL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...