July 26th, 2016

Semalam konsert RevivalTourMalaysia  Selena Gomez yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam  cukup menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila artis antarabangsa itu menghormati agama dan budaya masyarakat Malaysia dengan memakai pakaian sopan.

Selena hanya berbaju lengan panjang dan berseluar panjang warna hitam.

Umum mengetahui sebelum ini ada beberapa pihak yang melakukan protes agar konsert ini dibatalkan kerana cara pemakaian Selena yang dianggap terlalu seksi. Malah ada juga meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena dibatalkan.

Ramai netizen yang hadir pada konsert berkenaan memuji tindakan Selena dan memberitahu artis Malaysia seharusnya belajar berpakaian lebih sopan daripada Selena.

Berikut antara komen netizen :-

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh netizen, kalau artis luar boleh menghormati agama dan budaya kita, apa salahnya untuk artis tempatan untuk tampil lebih sopan dan tidak mendedahkan tubuh mereka menjadi tatapan ramai. Just saying..


Comments are closed.

Loading...