Netizen Puji Kecantikan Adira Suhaimi Mengenakan Niqab Dan Abaya

Hiburan

Netizen Puji Kecantikan Adira Suhaimi Mengenakan Niqab Dan Abaya

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan, Adira Suhaimi baru-baru ini menarik perhatian orang ramai dengan memuatnaik gambar dan video pendek dirinya mengenakan niqab.

Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi, kelihatan amat manis dengan penampilan yang sopan, memakai abaya dan niqab bewarna nude pemberian daripada rakan selebriti, Siti Sarah.

Advertisement
adira suhaimi

Adira tampak manis mengenakan niqab dan jubah yang diberikan oleh Siti Sarah

Isteri kepada pelawak dan usahawan Bubble Bee, Siti Sarah tidak lupa meninggalkan komen di ruangan komen gambar dan video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram Adira.

Adik Masyaallah adik cantiknya sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ??????? (@adira.suhaimi)

Para peminat juga turut meninggalkan komen positif dan memuji kecantikan penyanyi yang berusia 30 tahun itu, malah peminat juga mendoakan Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian seperti itu satu hari nanti.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...