Netizen Puji Cara Pekerja J&T Ini Susun Barang Customer

Trending

Netizen Puji Cara Pekerja J&T Ini Susun Barang Customer

Seperti yang kita tahu, urusniaga dan pembelian barang secara online sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita sejak bermulanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Ramai peniaga yang terjejas sehingga ada yang terpaksa menghentikan perniagaan mereka disebabkan penularan wabak Covid-19 ini. Namun, ada juga yang mengambil inisiatif untuk meneruskan perniagaan mereka secara atas talian atau online.

Advertisement

3 years ago

Bantu Golongan Memerlukan Dengan Pakej Bakul Makanan Ini, Beli 'Online' Je

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengarahkan orang ramai supaya stay at home dan menghadkan pergerakan orang ramai untuk keluar rumah, ramai juga yang mengambil langkah selamat dengan melakukan pembelian secara online.

Pembelian tersebut termasuklah barangan basah, barangan elektrik, barang keperluan rumah dan sebagainya. Kini, semuanya sudah boleh dibeli secara online sahaja. Bukan setakat memudahkan kita, pembelian secara online ini juga mampu mengurangkan risiko kita dijangkiti virus Covid-19 tersebut.

Bukan setakat menghantar barang, malah menyusun barang yang dihantar dengan elok

Apabila kita melakukan pembelian secara online, sudah tentu pekerja syarikat penghantaran yang akan menghantar barangan kita itu ke rumah.

Kita sering dengar dan mesti pernah merasai sendiri pengalaman apabila pekerja syarikat penghantaran hanya mencampakkan barangan kita atau kadang kala meletakkannya di merata tempat. Siapa lah yang tidak ‘geram’ kan?

Namun, tular baru-baru ini di laman TikTok satu perkongsian video yang memaparkan seorang pekerja syarikat penghantaran meletakkan barang yang dihantarnya dengan baik dan video tersebut telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Dalam perkongsian video tersebut, gadis bernama ismazlkha_ yang juga merupakan pemilik akaun media sosial tersebut telah menunjukkan cara seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat penghantaran meletakkan barangan di depan rumahnya.

Pekerja lelaki itu dilihat meletakkan barangan tersebut di depan rumah gadis itu sambil menyusun kesemua barangan. Lebih mencuri perhatian apabila dia juga memegang barangan tersebut untuk diletakkan di bawah secara berhemah agar ia tidak terjatuh walaupun barangan itu kecil.

Pekerja J&T susun barang customer dengan elok

Pekerja lelaki tersebut menyusun barang pelanggan dengan elok – via TikTok

Tindakan pekrja lelaki itu jelas menunjukkan keikhlasannya ketika melakukan kerja. Di dalam perkongsian video tersebut juga, gadis itu memberitahu yang dia tidak dapat turun dan mengambil barangan itu sendiri kerana sedang berada dalam tempoh kuarantin.

“Baiknya abang tu, berkat gaji tiap bulan”

Perkongsian video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan, 199.3 ribu tanda like dan 3 ribu komen. Rata-rata netizen berasa teruja dengan tindakan pekerja lelaki tersebut dan memuji sikap berhemah yang ditunjukkan olehnya ketika melakukan kerja.

Ada juga yang mendoakan pekerja lelaki tersebut mendapat pendapatan yang berkat kerana keikhlasannya melakukan kerja. Tidak kurang juga yang menceritakan pengalaman masing-masing ketika menerima barang yang dipesan secara online oleh pekerja syarikat penghantaran.

Komen netizen terhadap pekerja lelaki yang menghantar barang dengan elok

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen netizen terhadap pekerja lelaki yang menghantar barang dengan baik

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Apa-apa pun, sikap pekerja lelaki tersebut sememangnya layak untuk diberikan pujian dan kita harapkan agar lebih ramai pekerja syarikat penghantaran yang bersikap sedemikian. Contohilah sikap pekerja lelaki tersebut ya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...