Inilah yang sepatutnya, buat kebaikan secara senyap dan tidak menunjuk-nunjuk.
Baru-baru ini, kisah murni yang dikongsikan seorang individu di Threads tentang barista kedai kopi lokal terkenal meraih pujian warganet.
Menerusi hantaran itu, individu terbabit telah berkongsi foto yang memaparkan barista itu berkomunikasi dengan seorang remaja lelaki.
Katanya yang berada di tempat kejadian, remaja berkenaan menjual buah-buahan yang sudah dipotong kecil dan diletakkan dalam bekas lutsinar. Ketika berada di premis itu, dia telah dipanggil oleh barista kedai kopi berkenaan.
Budak muda itu jual buah potong dan tinggal dua bekas. Barista ini panggil dan beli kedua-duanya malah turut belanja remaja itu air minuman.
Tambah individu itu, dia berasa gembira menyaksikan situasi tersebut berlaku di depan matanya dan berkata ibu bapa barista berkenaan membesarkannya dengan begitu baik.
Jika barista tersebut adalah staf saya, saya akan rasa bangga. Ibu bapanya membesarkan dia dengan baik.
Selepas tular hantaran itu, ramai netizen memberi komen masing-masing dan rata-ratanya memuji kebaikan yang ditunjukkan oleh barista berkenaan.
Malah, ramai turut bertanya di manakah lokasi kedai kopi itu kerana mereka mahu datang untuk beri sokongan serta turut mendoakan agar barista berkenaan dimurahkan rezeki.
Nampak simple tapi tak semua boleh buat
Sesetengah netizen berharap agar hantaran tersebut dan kebaikan dilakukan barista tersebut dapat dijadikan inspirasi dan contoh kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan.
Nampak simple tapi tak semua boleh buat. Semoga dimurahkan rezeki kedua-duanya dan dipermudahkan segala urusan.