Netizen Puas Hati Tengok Abang Bomba Muatnaik Mesej Paling Berguna Dengan Trend ‘Kotak Challenge’

Trending

Netizen Puas Hati Tengok Abang Bomba Muatnaik Mesej Paling Berguna Dengan Trend ‘Kotak Challenge’

Sejak dua menjak ini makin ramai yang muatnaik mesej menggunakan trend Kotak Challenge di media sosial. Anda boleh lihat sendiri di Twitter, #kotakchallenge ini semakin meriah dengan mesej yang cuba disampaikan kepada masyarakat.

Kebanyakan mesej yang dikongsikan biasanya mesej yang cukup ‘deep’ dan sinis dengan motif untuk menyindir orang lain. Ada juga antaranya yang mencuit hati dan ada juga yang mendapat kritikan ramai kerana mesej yang terlalu negatif.

Advertisement

kotak challenge

kotak challenge

kotak challenge

Tapi dalam banyak-banyak #kotakchallenge yang dibuat, mesej daripada abang bomba ini antara yang paling berguna setakat ini.

Berbeza daripada #kotakchallenge yang lain, pasukan Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr.Ismail ini menggunakan trend ini untuk menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat. Mereka telah berkongsikan langkah demi langkah tentang cara menggunakan pemadam api. Jom kita tengok!

Ingat apa itu PASS.

kotak challenge

1. “Pull” (Tanggal) – Tanggalkan pin keselamatan daripada alat pemadam api. Pastikan alat pemadam api ditegakkan.

kotak challenge

2. “Aim” (Acu) – Acukan muncung alat pemadam api ke arah dasar api. Jangan lupa untuk periksa arah angin ye.

kotak challenge

3. “Squeeze” (Tekan) – Tekan tuil atas alat pemadam api. Pastikan anda berdiri pada jarak kira-kira satu hingga 1.5 meter daripada api.

kotak challenge

4. “Sweep” (Sembur) – Semburkan ke arah api dengan cara menyapu dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Padamkan api sepenuhnya.

kotak challenge

Macam ni barulah bagi manfaat dekat orang lain kan? Jangan lupa kongsikan pada yang lain!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...