Netizen Puas Hati Polis Pulas ‘Throttle’, Bagi Pemilik Dengar Bunyi Ekzos Motosikal Sendiri

Trending

Netizen Puas Hati Polis Pulas ‘Throttle’, Bagi Pemilik Dengar Bunyi Ekzos Motosikal Sendiri

Isu bunyi ‘ekzos bising’ ini memang sudah lama menjadi perhatian orang ramai dan majoriti daripada mereka kurang senang dengan bunyi yang dihasilkan hasil modifikasi daripada ekzos motosikal standard kepada ekzos yang mengeluarkan bunyi bising.

Dalam pada itu, tular satu video pendek di laman Twitter yang memaparkan seorang anggota polis meletakkan sebuah motosikal berhampiran dengan individu yang dipercayai pemilik motosikal itu.

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian ialah polis berkenaan cuba untuk memulas throttle motosikal itu sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat berhampiran dengan telinga individu berkenaan.

Jelas kelihatan individu tersebut juga kurang senang apabila mendengar sendiri bunyi ekzos motosikal yang membingitkan itu.

Walau bagaimanapun, tindakan pegawai polis berkenaan mendapat sokongan dalam kalangan netizen untuk memberi pengajaran kepada individu yang masih lagi cuba untuk mengeluarkan bunyi ekzos yang bising.

ekzos bising

Sumber : Twitter

ekzos bising

Sumber : Twitter

ekzos bising

Sumber : Twitter

ekzos bising

Sumber : Twitter

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...