Tidak sampai sebulan melahirkan anak, pelakon jelita, Datin Intan Najuwa telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang kurang senang melihat dirinya selepas selamat bersalin baru-baru ini.
Pelakon itu memuat naik satu video di akaun TikToknya memaparkan dirinya menggunakan kerusi roda ketika menjalani pemeriksaan di hospital.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mempertikai mengapa Intan masih menggunakan kerusi roda.
Saya seminggu lepas czer tak naik kerusi roda dah, 6 jam lepas bersalin pun doktor bising kalau baring je.
Tak boleh jalan langsung ke? Saya dulu nurse tak bagi duduk je, sehari kat wad kena bangun dan berjalan sendiri hari kedua.
Susulan itu, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid tampil menjawab persoalan netizen.
Takkan lah saya tak boleh jalan langsung. Ini dari bawah nak ke tempat check up, jenuh nak berjalan.
Saya pun hari berikutnya dah bangun cabut catheter. Ini naik kerusi roda sebab suami saya suruh, dia risau isteri dia tiba-tiba lari 100 meter.
Menerusi Instagram Story, pelakon itu menjelaskan dirinya baru sahaja bersalin dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.
Dia turut terkejut dengan sikap segelintir kaum wanita yang meninggalkan komen-komen yang kurang menyenangkan terhadapnya.
Agak mengejutkan kerana banyak komen daripada wanita termasuk kaum ibu.
Mengapa kita tidak boleh bersikap baik terhadap satu sama lain? Wanita seharusnya perlu saling menyokong.
Sekadar info tambahan, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.