Taman tema i-City telah membuka beberapa tarikan terbaru antaranya ialah ‘Glass Water Slide’ yang pertama di Malaysia.
Walau bagaimanapun, selepas pembukaan, orang ramai mula mempertikai mengenai tahap keselamatan permainan tersebut.
Rata-rata pengguna mula meluahkan rasa bimbang dan ada juga yang mempersoal bagaimana gelongsor itu dibenarkan beroperasi atas faktor penghadangnya yang rendah.
Baru-baru ini, tular satu video yang didakwa menunjukkan keretakan pada gelongsor kaca itu yang menaikkan lagi rasa bimbang dalam diri orang ramai untuk menaiki gelongsor tersebut.
Susulan itu, pihak pengurusan tampil memberi penjelasan bahawa dakwaan keretakan pada gelongsor kaca itu adalah tidak benar.
Pihak i-City berkata, ‘keretakan’ yang dilihat itu sebenarnya hanyalah kabel pencahayaan yang dipasang di tepi penghadang gelongsor tersebut.
Itu sebenarnya lighting cable.
Kami sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan melakukan penyelenggaraan serta pemeriksaan harian sebelum membenarkan anda bermain gelongsor ini.
@icitymalaysia 🎥 No cracks—just the wire cable effect! 💡 The Longest Glass Slide at SkyCity is perfectly safe and ready for your thrilling adventure. 💎✨ Come see for yourself and enjoy the ride! 🚀 Grab your tickets now through the i-City SuperApp! 🎟️📲 #SkyCity #LongestGlassSlideMY #SafeAndFun #Trending #Viral #TikTokMalaysia ♬ Power Up – Super Sound
Sekadar info, gelongsor kaca air ini berdiri dengan megah pada ketinggian 60 meter dan menawarkan pengalaman meluncur sejauh 600 meter. Harga tiket untuk mencuba permainan ini adalah RM45 bagi dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.