Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang seorang guru wanita yang sudah meninggal dunia yang dikenali sebagai Cikgu Nina yang mendakwa dia pernah tinggal serumah dengan makhluk misteri yang dikenali sebagai pocong.
Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mula mempertikai kesahihan cerita berkenaan kerana menurut mereka identiti arwah tidak pernah didedahkan secara rasmi. Malah, ada juga yang mendakwa gambar kubur yang tular dipercayai dari Google dan bukan kubur sebenar.
Disaat orang ramai sibuk mempertikai, Mingguan Wanita melaporkan seorang perawat spiritual mengesahkan bahawa arwah benar-benar mencari rawatan ketika dirinya sedang dalam keadaan tertekan dengan apa yang dilaluinya.
Ada dihubungi oleh beliau tapi tak sempat bantu beliau.
Pengesahan itu membuka mata ramai kerana tidak mungkin seseorang yang mereka sesuatu cerita akan sanggup menghubungi perawat meminta pertolongan untuk mengubati dirinya.
Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh keluarga atau mana-mana pihak berkuasa tentang kesahihan kematian arwah.