Netizen Pertikai Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan, Jawi Pula Dituduh Islamisasi Dan Kuno?

Trending

Netizen Pertikai Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan, Jawi Pula Dituduh Islamisasi Dan Kuno?

Tidak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba dan bersempena dengan itu, Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menganjurkan sebuah bengkel seni kaligrafi Cina.

Namun, ramai yang kurang senang dengan kenyataan Fahmi yang berkata aktiviti seperti bengkel itu bukan sahaja boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Advertisement

kaligrafi cina perpaduan

Malah, stesen televisyen TV3 yang menyiarkan tajuk berita ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’ turut mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana kaligrafi Cina boleh dianggap memupuk perpaduan, manakala tulisan Jawi pula dituduh membawa perpecahan dan suatu usaha Islamisasi serta dikatakan tulisan kuno sehingga timbul pelbagai isu melibatkan perkauman.

Jawi dituduh kuno

kaligrafi cina perpaduan

kaligrafi cina perpaduan

kaligrafi cina perpaduan

kaligrafi cina perpaduan

kaligrafi cina perpaduan

Terdahulu, pada Ogos 2019, Kementerian Pendidikan mahu melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakulan mulai tahun ini. Namun, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) didakwa menolak pembelajaran tulisan jawi dan menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian. Bukannya pembelajaran secara sukarela.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...