Netizen Pertikai Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar Tercalon Untuk Anugerah ‘Influencer’ MeleTOP

Hiburan

Netizen Pertikai Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar Tercalon Untuk Anugerah ‘Influencer’ MeleTOP

Anugerah MeleTOP Era (AME 2020) yang bakal berlangsung pada April depan, kini telah mula membuka undian untuk kategori-kategori yang dipertandingkan. Tahun ini, mereka turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah ‘Influencer’ MeleTOP.

anugerah influencer meletop

Advertisement

Namun, apa yang hangat diperkatakan sekarang ialah apabila ada netizen yang tidak puas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial lain.

Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat mengarut. Taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara, tidak setanding dengan calon-calon yang lain.

Dr Amalina Dr Sheikh Muszaphar

Umum mengetahui, Dr Amalina merupakan seorang doktor perubatan yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu apabila meraih keputusan 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 dan kini sedang berkhidmat di luar negara sambil berkongsi nasihat dan pengetahuannya dalam bidang perubatan di Twitter.

Manakala, Dr Sheikh Muszaphar pula merupakan angkasawan negara yang pertama dan juga seorang pakar bedah ortopedik serta seorang ayah yang rajin berkongsi mengenai isu kesihatan dan kekeluargaan di akaun media sosial miliknya.

“Level diorang lebih tinggi”

Dr Amalina Dr Sheikh Muszaphar Dr Amalina anugerah ifluencer Dr Amalina Dr Sheikh Muszaphar anugerah influencer Dr Sheikh Muszaphar anugerah influencer meletop

Setakat ini, Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar belum memberikan apa-apa komen mengenai pencalonan mereka untuk anugerah tersebut. Apa pula pendapat anda, wajarkah mereka tercalon?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...