Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

Tampil menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan selepas fotonya bersama dua orang anggota polis menjadi topik bualan orang ramai di pelusuk media sosial, pelakon kecil molek Risteena Munim menegaskan anggota tersebut tidak memakai selipar ketika bertugas seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

Advertisement

Salah faham itu timbul selepas fotonya bersama anggota polis tersebut mula tular sehingga menyebabkan perbalahan sesama netizen di posting berkenaan.

“Ramai yang mempertikaikan kenapa dua anggota polis memakai selipar ketika bertugas. Sebenarnya tak. Masa tu saya tengah penggambaran drama.

Ujar Risteena, segalanya berlaku secara kebetulan tanpa dirancang.

Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

“Kebetulan dua anggota polis tu tengah buat rondaan dekat tempat penggambaran. Kebetulan juga, pihak produksi memerlukan khidmat polis jadi mereka memanggil untuk masuk ke dalam rumah supaya dapat bertanya macam mana prosedur.”

Tambah pelakon drama Playboy Itu Suami Aku, beliau juga tidak ketinggalan meminta untuk bergambar bersama dua anggota terbabit di luar rumah dengan tangannya digari.

Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

“Selepas habis mereka berbincang, saya minta bergambar dengan memakai gari untuk simpanan saya. Benda tu takda apa-apa pun. Masa nak bergambar tu, mereka sarung ja mana-mana selipar yang ada di luar rumah.”

Meskipun begitu, tunang kepada aktor kacak Isa Khan ini juga tampil memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah menimbulkan salah faham.

Netizen Pertikai Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas, Risteena Munim Tampil Mohon Maaf

“Di kesempatan ini saya nak minta maaf kepada semua pihak terutamanya kepada pihak PDRM dan dua orang anggota itu sekiranya berlaku salah faham. Harap benda ini sudah jelas dan tak ada apa-apa isu,”

Risteena berkongsi tentang perihal tersebut kepada umum menerusi Instagram Stories. Beliau bagaimanapun tetap berharap agar segala yang berlaku tidak diperbesarkan, malah tidak menolak agar semua pihak jelas dengan apa yang telah terjadi.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...