Baru-baru ini, hangat di media sosial perbincangan mengenai Neelofa apabila ada pihak yang menyalahkan dirinya atas kontroversi melibatkan adiknya.
Namun, ramai netizen berpendapat tuduhan tersebut agak keterlaluan kerana setiap individu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri, bukan disebabkan ahli keluarga.
Seorang pengguna Threads menulis, “Tak minat Neelofa tapi salahkan dia sebab adik buat hal tu macam too much la ehh. Adik pun dah tua bangka. Pernah dengar iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa?”
Tulisannya mendapat sokongan ramai kerana menyentuh isu keadilan dalam menilai seseorang.
Netizen lain turut bersetuju bahawa Neelofa tidak wajar dipersalahkan, lebih-lebih lagi beliau sering tampil dengan imej dan mesej agama yang baik. Mereka menegaskan, apa sahaja tindakan individu lain tidak boleh dijadikan alasan untuk menjatuhkan reputasi selebriti itu.
Sebelum ini, ramai yang mengecam Ameera Khan kerana terlalu terbuka dengan hubungannya bersama bintang Indonesia, Jefri Nichol sehingga ramai mempersoalkan kenapa tiada siapa mengeur mereka.