Netizen Persoal Status Halal ‘Bubble Tea’ Viral Xing Fu Tang & The Alley

Trending

Netizen Persoal Status Halal ‘Bubble Tea’ Viral Xing Fu Tang & The Alley

Kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman ‘bubble tea’ semakin menjadi-jadi. Banyak sungguh kedai minuman ini dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Fenomena minuman viral ini tidak dinafikan agak kuat pengaruhnya.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di laman sosial Facebook dimana seorang netizen mempertikaikan status halal dua rangkaian ‘bubble tea’ paling popular ketika ini, iaitu Xing Fu Tang dan The Alley.

Netizen itu turut menggesa peminat minuman ‘bubble tea’ khususnya mereka yang beragama Islam untuk berhenti membeli minuman tersebut kerana status halalnya tidak terjamin.

Tiada data mengenai sijil halal dua jenama tersebut di portal rasmi JAKIM

Bidas komen lain, ini sijil halal Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA) bukan JAKIM

Respon Xing Fu Tang

Semuanya bergantung kepada pendirian masing-masing. Kalau rasa was-was tidak perlu minum, kalau yakin ianya halal, terpulanglah. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. Namun, isu halal dan haram ini tidak boleh dipandang remeh kerana kelak ia menjadi darah daging kita. Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...