Pempengaruh terkenal, Dr. Malar Santhi membidas kenyataan seorang individu yang mempersoalkan adakah sistem pendidikan negara masih relevan kerana menurut individu itu, pempengaruh di TikTok dilihat mempunyai pendapatan yang lebih lumayan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Dr. Malar menjelaskan bahawa kerjaya sebagai seorang pempengaruh tidak menjamin masa depan yang stabil seperti dalam sektor profesional.
Lepas empat tahun, TikToker tu nak dapat RM400 pun struggle. Ditambah dengan jatuh sakit, tak ada MC berbayar, SOCSO, EPF. Sementara yang belajar tinggi selepas 4 tahun gaji boleh naik mengikut industri, kepakaran dan kerajinan.
Dalam pada itu, Dr. Malar turut mengingatkan masyarakat agar tidak menilai pendidikan semata-mata berdasarkan pulangan kewangan.
Pendidikan bukan untuk duit, ia adalah untuk menjadikan kita insan lebih baik, celik dan dapat banyak peluang. Tengoklah pemandu e-hailing sekarang, tidak sekencang dulu. Belajarlah dari situ adik-adik sekalian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dr. Malar dan menegaskan bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.