Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof masih hangat diperkatakan dan menjadi pilihan untuk ditonton di panggung wayang walaupun sudah lebih sebulan ia ditayangkan.
Namun, laporan Bernama tentang 108 pelajar sekolah dibawa untuk menonton filem itu di pawagam terletak di pusat beli belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur mendapat perhatian netizen.
Semua pelajar tersebut adalah dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak membuatkan netizen berasa keliru, malah ada yang menyangka admin Twitter tersalah ‘tweet‘.
Keterujaan terpancar daripada wajah 108 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak bagi mengikuti dan menonton Filem Mat Kilau di panggung wayang Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur hari ini. pic.twitter.com/4hQ8gsPvvU
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 3, 2022
Menurut mereka, agak pelik dan ‘tidak kena’ apabila pelajar yang tidak dapat melihat dibawa menonton filem dan ternyata ramai yang memberikan pelbagai komen terhadap situasi tersebut.
Ada yang tertanya apakah relevan membawa orang buta pergi menonton filem sedangkan mereka tidak dapat melihat.
Namun, penjelasan seorang individu akhirnya menjawab teka teki dan persoalan netizen berkenaan perkara itu.
Bagi yang tidak tahu, mereka yang ada masalah penglihatan tetap boleh ke panggung wayang kerana ada teknologi “Audio Description” (AD) disediakan di mana ia akan menggambarkan setiap babak secara lisan kepada penonton.
Jelas individu ini lagi, platform lain seperti Youtube dan Netflix juga ada memanfaatkan penggunakan AD ini bagi membolehkan pengguna yang tidak dapat melihat untuk menikmati video mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.